About The Author

Menjadi sebuah persatuan yang mantap dan bersatu padu dalam menggembleng tenaga bagi menjana perpaduan berteraskan kebudayaan dan keintelektualan mahasiswa.

Get The Latest News

Sign up to receive latest news

Monday, August 31, 2009

TIKET RAYA.....,,,,,,

Anda diminta untuk mengambil tiket raya di:

tarikh: 4 SEPTEMBER 2009 (JUMAAT)
masa: 8.30 Pagi hingga 12.30 tengahari
tempat: NO 8, ARAS 2, SEKRETERIAT PERMATA,KPS,UM


"pengambilan tiket untuk pihak lain tidak dibenarkan...datang sendiri k.....
dan JANGAN lupa bawa sekali KAD MATRIK sebagai bukti pengambilan tiket anda.....".


KERJASAMA DAN KETETAPAN WAKTU ANDA AMAT KAMI HARGAI.....

ANDA MUDAHKAN KEJA KAMI, KAMI MUDAHKAN KEJA ANDA....

- PERPADUAN TERAS KEUNGGULAN-

SEKIAN,TQ...
»»  read more

Sunday, August 30, 2009

pembetulan pengumuman....



MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MB TERENGGANU

TARIKH : 12 SEPTEMBER 2009
*TEMPAT : SERI PASIFIC HOTEL KUALA LUMPUR
MASA : 5 PETANG ( BERKUMPUL DI DEPAN DTC,UM)

DAFTAR SEKARANG SEBELUM TERLAMBAT DI...
SEKRETERIAT PERMATA
NO 8 ,ARAS 2, BLOK F,
KOMPLEKS PERDANASISWA,UNIVERSITI MALAYA

sebarang pertanyaan, sila hubungi:
013-9481643 (syawal)
013-2006913 (munirah)
019-4611907 (zawiyah)
»»  read more

makang freeee meriah..




















































sebut je pasal free sape tak boh kan...nak2 bab makang..huhuhu..baru2 nie, alhamdulillah program yg dianjurkan oleh kerajaan 'ganu kita' telah berlangsung dengan meriah dan jayanya.. Makang Free atau juga dikenali 1T3F '1 TERENGGANU 3 FOOD FRUIT FIESTA' adalah utuk semua anak2 ganu yang ada di sekitar kota ni..samada belajar, kahwin, bekerja, atau sama waktu dengan nya..huh meriah sampai tak terkata pun ada..yang kelakarnya ada ank2 dr negeri lain pun join sama..sabah,serawak,langkawi blh dikatakan cukup 14 negeri smua ada la...free punya pasal..hihihi..Tanggal 1 hb 08 2009 detik 1800H, PERMATA UM berarak ke stadium bukit jalil dgn 6 buah bas..first time kot ramai join..apa2 pn terima kasih yg terhingga buat smua yang sukarela sponsor perut tuk program makang free ni.. dan ucapan terima kasih juga untuk MB kita dan kerajaan ganu..moge dengan adanya program ini ukhwah antara kita semua bertamabah erat..insya-Allah

»»  read more

Thursday, August 27, 2009

Pengumuman!

Majlis Berbuka Puasa bersama MB Terengganu

TARIKH: 12 september 2009

TEMPAT: PWTC
MASA : 5 petang berkumpul di depan DTC

DAFTAR SEKARANG DI SEKRETARIAT PERMATA

No 8, Aras 2, Blok F, Kompleks Perdana Siswa

»»  read more

Monday, August 24, 2009

INTIM '09

Interaksi PERMATA ( INTIM ’09)

Tanggal 8 Ogos yang lalu,bertempat di Tasik Taman Jaya, PERMATA UM telah mengadakan hari interaksi bertujuan untuk merapatkan ukhuwah antara ahli PERMATA dengan pimpinan PERMATA. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah explorace, pengenalan pimpinan serta beberapa aktiviti menarik yang lain. Seramai 70 peserta telah menghadiri interaksi ini. Walaupun kehadiran kurang memberansangkan namun kehadiran ahli PERMATA telah memeriahkan aktiviti di samping menunjukkan kebersamaan mereka dengan PERMATA itu sendiri.


Walaupun hanya memakan masa antara 5 hingga 6 jam namun rata-rata kami berpuas hati dengan aktiviti ini dan mengharapkan agar aktiviti yang lebih mencabar dapat dianjurkan pada masa yang akan datang. Antara gambar kenang-kenangan yang sempat di 'snap' pada hari aktiviti dijalankan;


Khusyuk mendengar taklimat


Pembahagian kumpulan


Bergerak ke chekpoint masing-masing


Antara modul~guna lilin....buat apa ye?


Menang ke kalah ni?


Semua ahli dan pimpinan yang hadir kecuali jurukamera



~Semoga PERMATA UM terus mengorak langkah dengan lebih maju di masa akan datang~


»»  read more

Monday, August 10, 2009

TIKET raya??????

tiket bas da habis????
cmne nk balik ni???
raya pn dah nk dekat...
xtau kat mana nk dapatkan tiket???
masih buntu???

jangan risau.....
saya da jalan penyelesainya/.....

pengumuman....
pihak permata telah pn myediakan bas free untuk balik raya....
tempat terhad...
hanya da 78 kekosongan je lg....
dapatkan di sekreteriat PERMATA...
pada 12 august 2009...
dari jam 9 pg hingga 1 ptg..



apa tunggu lg.....
jom kte serbu blk sekreteriat untuk dapatkan tiket raya free....
jangan salahkn kami jika anda xdapat tiket....
dan xdapat balik raya....



sape cepat dia dapat....

''PERPADUAN TERAS KEUNGGULAN"


sekian......
»»  read more

Thursday, August 6, 2009

pesta buah = makan free.....


Baru-baru ini, PERMATA sekali lagi meneruskan aktivinya dengan menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh PESAT (Persatuan Anak-Anak Terengganu Wilayah Persekutuan dan selangor). 1 T 3 F iaitu 1 Terengganu, Food, Fruit dan Festival telah menarik ramai hadirin terutama dengan kehadiran Menteri Besar pada malam 1 Ogos. Kami mula berkumpul di depan DTC pada jam 5.30 ptg sebelum bergerak beramai-ramai dengan di iringi oleh 6 buah bas ke perkarangan tempat letak kereta B di Stadium Bukit Jalil. Sesampai je di sana, ramai orang yang dah membanjiri kawasan tersebut dan kami diberi taklimat oleh pengarah program iaitu saudara Saniy. Pelbagai gerai or booth telah dibina dan setiap gerai yang dibina mewakili daerah yang terdapat di terengganu... Antara menu yang mendapat sambutan hangat pada malam itu adalah nasi dagang, keropok lekor, ABC, laksa terengganu, kuih muih dan byk lagi tapi yang paling menarik perhatian pengunjung adalah jenis buah-buahan yang terdapat di gerai iaitu durian,langsat,manggis,naga, rambutan,salat dan banyak lagi...Di samping itu, terdapat juga konsert pada malam tersebut yang dianggotai artis anis suraya, saleem, dan ramai lagi...selepas semua kenyang , kami mula bergerak pulang dalam jam 11 mlm.

tgh tunggu bas
un
























»»  read more

minggu promo menjelma....







Semester 1 sesi 09/10 yang dilalui pada waktu ini telah menunjukkan bahawa PERMATA ingin meneruskan misi dan visi yang telah digariskan sebelum ini. Dengan tema “Perpaduan Teras Keunggulan” PERMATA terus mengorak langkah dengan membuka gerai PROMO iaitu bertujuan untuk mempromosi persatuan. Dengan keahlian yang bertambah daripada sebelum ini menunjukkan bahawa tema kali ini akan dapat dicapai sekiranya momentum ini diteruskan hingga ke hujung sesi. Moga dipermudahkanNYA. Pelbagai persiapan telah dibuat bagi menjayakan minggu promo antaranya menghias gerai dengan meriah, mengedarkan buletin kepada pengunjung, penampalan poster serta mempromosikan permata kepada pengunjung bagi membolehkan mereka menyertai PERMATA.
persiapan tempat....

bersemangat meniup belon....

Setelah bertungkus lumus bagi menjayakan minggu promo ini akhirnya apa yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan berbaloi jua setelah Gerai PERMATA mengungguli bagi kategori gerai terbaik dan mendapat ganjaran yang sangat lumayan. TAhniah saya ucapkan kepada barisan MT & EXCO PERMATA dan tidak lupa juga kepada PMKUM yang memenangi tempat kedua dan seterusnya kepada Persatuan Mahasiswa Sabah yang memenangi tempat ketiga. Alhamdulillah. Semuanya berkat kerjasama daripada semua pihak dalam memastikan PERMATA unggul di hadapan. Namun, bukanlah bermaksud persatuan lain ketinggalan bahkan setiap persatuan mempunyai tarikan serta kelebihan tersendiri yang begitu unik.














happy setelah dpt no 1....
bergambar bersama PERMATA & PMKUM



»»  read more

JIM09....

Semester 2 bagi sesi 2008/2009 telah pun melabuhkan tirainya dengan seribu satu kenangan yang penuh bermakna tapi disebalik berakhirnya semester tersebut, kami dan barisan MT & EXCO telah berganding bahu bagi menjayakan projek yang berbentuk motivasi yang dilakukan semasa cuti semester yang lepas iaitu pada 31 Mei, 1 dan 2 Jun 2009 bertempat di Sekolah Menengah Agama Nurul Ittifaq, Kuala Besut, Terengganu. Program ini berbentuk motivasi yang melibatkan 25 orang ahli PERMATA termasuk YDP PERMATA sendiri telah turun padang untuk menjayakan program yang dinamakan KEM JATI DIRI MUSLIM (JIM 09). Kem ini telah disertai oleh pelajar-pelajar tingkatan enam sekolah SMKANI yang akan mengambil peperiksaan STPM pada tahun ini. Pelbagai aktiviti telah kami lakukan dan antaranya pemberian motivasi kepada pelajar STPM, night walk dan sukaneka. Dengan adanya program tersebut, ini secara tidak langsung dapat membangkitkan semangat pelajar tersebut utk bertungkus lumus dan berusaha sedaya upaya bagi mendapat keputusan yang cemerlang dan seterusnya dapat melayakkan diri untuk melangkah dengan penuh bangga ke universiti tercinta iaitu UNIVERSITI MALAYA. Selepas berakhirnya program JIM 09, kami mendapat respon serta reaksi yang baik daripada pihak sekolah dan mereka mengalu-alukan kedatangan untuk masa-masa yang akan datang. Semoga adik-adik mendapat kejayaan yang cemerlang dalam STPM yang bakal menjelma tidak lama lagi.

kenangan abadi ketika menjayakan JIM09

night walk....kesian plk kena baling ngan tepung,,,,



inilah rekaan mereka..dari straw....


barisan ajk yg terlibat...




»»  read more

Tuesday, August 4, 2009

Aktiviti PERMATA sesi 2009/2010

Sesi 2009/10 ini PERMATA telahpun melakukan beberapa aktiviti bermula dengan Mesyuarat Agung Tahunan yang telah membariskan pimpinan-pimpinan PERMATA untuk sesi ini. Kemudian, aktiviti yang terawal dilakukan semasa cuti semester yang lepas iaitu pada 31 Mei, 1 dan 2 Jun 2009 bertempat di Sekolah Menengah Agama Nurul Ittifaq, Kuala Besut, Terengganu. Program ini berbentuk motivasi telah melibatkan 25 orang ahli PERMATA termasuk YDP PERMATA sendiri telah turun padang untuk menjayakan program yang dinamakan KEM JATI DIRI MUSLIM (JIM 09). Kem ini telah disertai oleh pelajar-pelajar tingkatan enam sekolah SMKANI yang akan mengambil peperiksaan STPM pada tahun ini. Kami mendapat respon serta reaksi yang baik daripada pihak sekolah dan mereka mengalu-alukan kedatangan untuk masa-masa yang akan datang. Semoga adik-adik mendapat kejayaan yang cemerlang dalam STPM yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Semester 1 sesi 09/10 yang dilalui pada waktu ini telah menunjukkan bahawa PERMATA ingin meneruskan misi dan visi yang telah digariskan sebelum ini. Dengan tema “Perpaduan Teras Keunggulan” PERMATA terus mengorak langkah dengan membuka gerai PROMO iaitu bertujuan untuk mempromosi persatuan. Dengan keahlian yang bertambah daripada sebelum ini menunjukkan bahawa tema kali ini akan dapat dicapai sekiranya momentum ini diteruskan hingga ke hujung sesi. Moga dipermudahkanNYA.

Gerai PERMATA telah memenangi kategori gerai terbaik dan mendapat ganjaran yang sangat lumayan. Alhamdulillah. Semuanya berkat kerjasama daripada semua pihak dalam memastikan PERMATA unggul di hadapan. Namun, bukanlah bermaksud persatuan lain ketinggalan bahkan setiap persatuan mempunyai tarikan serta kelebihan tersendiri yang begitu unik.

Baru-baru ini, PERMATA sekali lagi meneruskan aktivinya dengan menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh PESAT (Persatuan Anak-Anak Terengganu Wilayah Persekutuan dan selangor). 1 T 3 F iaitu 1 Terengganu, Food, Fruit dan Festival telah menarik ramai hadirin terutama dengan kehadiran Menteri Besar pada malam 1 Ogos.

Untuk seterusnya, PERMATA akan meneruskan aktiviti pada 8 Ogos ini dengan mengadakan hari interaksi. Jika tiada perubahan, hari interaksi akan diadakan di Taman Jaya berdekatan Amcorp Mall. Kepada semua ahli permata yang telah mendaftar, jangan lupa hadir kerana banyak aktiviti menarik yang menanti anda. Interaksi dalam PERMATA amat penting untuk kita meneruskan gerak kerja pada masa akan datang. Semoga aktiviti-aktiviti seterusnya akan berjalan lancar.

“PERPADUAN TERAS KEUNGGULAN”

»»  read more

:: Selamatkan Penyu ....::

:: Selamatkan Penyu ....::