Semester 1 sesi 09/10 yang dilalui pada waktu ini telah menunjukkan bahawa PERMATA ingin meneruskan misi dan visi yang telah digariskan sebelum ini. Dengan tema “Perpaduan Teras Keunggulan” PERMATA terus mengorak langkah dengan membuka gerai PROMO iaitu bertujuan untuk mempromosi persatuan. Dengan keahlian yang bertambah daripada sebelum ini menunjukkan bahawa tema kali ini akan dapat dicapai sekiranya momentum ini diteruskan hingga ke hujung sesi. Moga dipermudahkanNYA. Pelbagai persiapan telah dibuat bagi menjayakan minggu promo antaranya menghias gerai dengan meriah, mengedarkan buletin kepada pengunjung, penampalan poster serta mempromosikan permata kepada pengunjung bagi membolehkan mereka menyertai PERMATA.
Setelah bertungkus lumus bagi menjayakan minggu promo ini akhirnya apa yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan berbaloi jua setelah Gerai PERMATA mengungguli bagi kategori gerai terbaik dan mendapat ganjaran yang sangat lumayan. TAhniah saya ucapkan kepada barisan MT & EXCO PERMATA dan tidak lupa juga kepada PMKUM yang memenangi tempat kedua dan seterusnya kepada Persatuan Mahasiswa Sabah yang memenangi tempat ketiga. Alhamdulillah. Semuanya berkat kerjasama daripada semua pihak dalam memastikan PERMATA unggul di hadapan. Namun, bukanlah bermaksud persatuan lain ketinggalan bahkan setiap persatuan mempunyai tarikan serta kelebihan tersendiri yang begitu unik.
happy setelah dpt no 1....
bergambar bersama PERMATA & PMKUM
0 comments:
Post a Comment