Semester 2 bagi sesi 2008/2009 telah pun melabuhkan tirainya dengan seribu satu kenangan yang penuh bermakna tapi disebalik berakhirnya semester tersebut, kami dan barisan MT & EXCO telah berganding bahu bagi menjayakan projek yang berbentuk motivasi yang dilakukan semasa cuti semester yang lepas iaitu pada 31 Mei, 1 dan 2 Jun 2009 bertempat di Sekolah Menengah Agama Nurul Ittifaq, Kuala Besut, Terengganu. Program ini berbentuk motivasi yang melibatkan 25 orang ahli PERMATA termasuk YDP PERMATA sendiri telah turun padang untuk menjayakan program yang dinamakan KEM JATI DIRI MUSLIM (JIM 09). Kem ini telah disertai oleh pelajar-pelajar tingkatan enam sekolah SMKANI yang akan mengambil peperiksaan STPM pada tahun ini. Pelbagai aktiviti telah kami lakukan dan antaranya pemberian motivasi kepada pelajar STPM, night walk dan sukaneka. Dengan adanya program tersebut, ini secara tidak langsung dapat membangkitkan semangat pelajar tersebut utk bertungkus lumus dan berusaha sedaya upaya bagi mendapat keputusan yang cemerlang dan seterusnya dapat melayakkan diri untuk melangkah dengan penuh bangga ke universiti tercinta iaitu UNIVERSITI MALAYA. Selepas berakhirnya program JIM 09, kami mendapat respon serta reaksi yang baik daripada pihak sekolah dan mereka mengalu-alukan kedatangan untuk masa-masa yang akan datang. Semoga adik-adik mendapat kejayaan yang cemerlang dalam STPM yang bakal menjelma tidak lama lagi.
:: Sila Download k....:: SET2 ::
14 years ago
0 comments:
Post a Comment