About The Author

Menjadi sebuah persatuan yang mantap dan bersatu padu dalam menggembleng tenaga bagi menjana perpaduan berteraskan kebudayaan dan keintelektualan mahasiswa.

Get The Latest News

Sign up to receive latest news

Tuesday, September 8, 2009

::Syawal Akan Tiba::


















Alhamdulillah,hari ini sudah 18 hari kita berpuasa.Kini,tinggal 12 hari lagi.Dan,Ramadhan untuk tahun ini akan berakhir tidak lama lagi. Justeru, marilah kita sama-sama menyemarakkan lagi saki baki Ramadhan ini dengan amal ibadat seperti solat sunat tarawikh, tadarus Al-Quran, Tahajjud dan sebagainya untuk menambahkan lagi amalan pahala kita. Ramadhan datang hanya sekali untuk setahun. Mana tahu, mungkin ini Ramadhan terakhir buat kita?. Jadi,marilah kita sama-sama mengimarahkan bulan yang mulia ini. Semoga usaha ibadat kini ini dibalas dengan pahala yang berganda.Amin.



Syawal akan membuka tirainya tidak lama lagi. Mungkin ada dalam kalangan kita telah membuat persiapan awal-awal lagi. Bagi golongan siswi, mungkin sibuk dengan baju raya, kuih raya dan sebagainya. Hujung minggu pula, ada yang pagi2 lagi sudah menunggu bas untuk ke Shopping Kompleks, Bazar Hari Raya, dan sebagainya. Al-maklumlah, raya setahun sekali. Persiapan mestilah sakan dan penampilan raya mestilah vote. Walau apapun, kita mesti ingat. Jangan terlalu membazir. Belilah sekadar yang perlu sahaja. Jangan terlalu mengikut nafsu.



Bagi siswa pula, mungkin jarang-jarang kita lihat berada di shopping kompeks dan sebagainya. Adakah golongan siswa ini tidak membuat persiapan raya?. Tidak sama sekali. Mereka juga seperti siswi. Tetapi persiapan mereka tidaklah seperti kaum hawa.




Apapun, beringatlah wahai mahasiswa sekalian. Raya-raya jugak, pelajaran jangan lupa. Bagi yang mempunyai banyak tugasan, segerakanlah,agar dirimu tidak rugi. Pesanan PERMATA UM untuk siswa dan siswi semua, sempena Lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi :






  • Jaga diri baik-baik


  • Semoga selamat pulang ke kampung. Baca doa naik kenderaan sebelum bertolak.


  • Jangan main mercun. Bahaya!


Sempena Lebaran ini, PERMATA UM ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat semua MT dan Exco serta Ahli-ahli PERMATA dan sesiapa sahaja yang mengenali PERMATA UM. 0-0. Wassalam.





-PERMATA UM 0910-

0 comments:

Post a Comment

:: Selamatkan Penyu ....::

:: Selamatkan Penyu ....::