About The Author

Menjadi sebuah persatuan yang mantap dan bersatu padu dalam menggembleng tenaga bagi menjana perpaduan berteraskan kebudayaan dan keintelektualan mahasiswa.

Get The Latest News

Sign up to receive latest news

Wednesday, October 14, 2009

SMART SKILL ’09; Bengkel ICT PERMATA

Pertamanya, terima kasih kepada semua yang menjayakan program Smat Skill yang diadakan pada hari ahad, 11 Oktober yang lalu. Bengkel sebegini jarang diadakan apatah lagi menjelang musim peperiksaan namun tahniah buat PERMATA kerana berjaya mengadakannya. Walaupun penyertaan kurang memberansangkan namun input yang didapati boleh disebar luaskan agar manfaatnya tidak hanya didapati oleh yang hadir sahaja. Berikut merupakan antara gambar-gambar yang sempat di ‘snap’. Masing-masing tekun mendapatkan ilmu yang tidak boleh didapati ditempat lain.


~Belajar cara format laptop, betul-betul format laptop yang rosak~


Belajar Adobe Photoshop, amacam sekarang, dah boleh buat?

Tekun mendengar sambil mencatat

Bengkel ini mungkin diadakan dalam waktu yang padat iaitu dari jam 10.30 hingga jam 2 petang tapi bebaloi kerana diberi VCD yang memuatkan pelbagai software dan makanan tengahari disediakan. Semoga akan ada BENGKEL Smat Skill kali ke -2. Doakan ye. Nanti boleh ajak kawan ramai-ramai. Ilmu macam ni nak cari susah kalau adapun akan berbayar dengan harga yang tinggi. Namun PERMATA UM tidak hanya melihat keuntungan malah yang lebih penting ialah ilmu dapat dikongsi dan mendapat ganjaran dari Yang MAHA ESA.

~P/s: Tahniah dan terima kasih bagi semua yang terlibat.

0 comments:

Post a Comment

:: Selamatkan Penyu ....::

:: Selamatkan Penyu ....::