About The Author

Menjadi sebuah persatuan yang mantap dan bersatu padu dalam menggembleng tenaga bagi menjana perpaduan berteraskan kebudayaan dan keintelektualan mahasiswa.

Get The Latest News

Sign up to receive latest news

Saturday, July 18, 2009

SEJARAH PENUBUHAN PERMATA


Sejarah universiti menunjukkan PERMATA antara persatuan dan pertubuhan pelajar yang paling lama di Universiti Malaya. Ditubuhkan pada tahun sekitar 1977 sebaris dengan menubuhan persatuan pelajar terkenal yang lain di Universiti Malaya. Gelombang mahasiswa yang memuncak ketika itu telah mendorong mahasiswa Terengganu menubuhkan persatuan ini. Dalam usia yang lama ini, PERMATA telah mengorak langkah kearah kemajuan dan global demi menjaga kebajikan mahasiswa di kampus ini.

Objektif dasar tertubuhnya PERMATA adalah untuk menjaga kebajikan dan membela nasib Mahasiswa Terengganu yang belajar di Universiti Malaya khususnya. Disamping untuk menjadi organisasi yang melatih mahasiswa dengan ilmu-ilmu kepimpinan yang diasuh melalui program-program yang dianjurkan.

PERMATA merupakan badan pelajar yang mewakili mahasiswa Terengganu di kampus secara khusus yang mana merupakan lapangan atau medan bagi merencana dan mengasah bakat kepimipinan dikalangan mahasiswa. Ianya juga merupakan sebahagian daripada entiti penting di dalam memacu kecemerlangan universiti. Justeru itu, saya menyeru rakan-rakan semua bersedia menggalas amanah, tanggungjawab dan memberi perkhidmatan terbaik serta komitmen yang tinggi sepanjang pimpinan yang akan dilantik selepas ini.


Justeru itu, PERMATA telah merancang, menyusun dan akan melaksanakan agenda-agenda kebajikan dalam melahirkan mahasiswa yang benar-benar bermutu dengan memastikan mahasiswa berada di dalam keadaan yang kondusi samada dalam soal fizikal, mental/rohani, kewangan, kesihatan dan sebagainya.


Merealisasikan agenda ini, pendekatan berlapang dada dan responsif menjadi penampilan utama PERMATA di dalam membantu mahasiswa secara keseluruhannya dan khususnya orang Terengganu. PERMATA Universiti Malaya akan terus maju sekiranya semua mahasiswa Terengganu memberi komitmen dalam persatuan serta merealisasikan misi dan visi yang telah di tetapkan oleh persatuan.


~Perpaduan Teras Keunggulan~



0 comments:

Post a Comment

:: Selamatkan Penyu ....::

:: Selamatkan Penyu ....::