About The Author

Menjadi sebuah persatuan yang mantap dan bersatu padu dalam menggembleng tenaga bagi menjana perpaduan berteraskan kebudayaan dan keintelektualan mahasiswa.

Get The Latest News

Sign up to receive latest news

Monday, July 27, 2009


»»  read more

Saturday, July 18, 2009

Perutusan YDP PERMATA sesi 2009/2010



Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Salam sejahtera, salam perkenalan dan salam perpaduan buat semua warga kampus Universiti Malaya sekalian.Alhamdulillah segala pujian serta kesyukuran dirafa’kan kepada Allah S.W.T , selawat dansalam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, para Ahlul-Bait, para sahabat, para tabi’indan kepada semua mujahid Islam yang mengikut jejak langkah baginda hingga ke hari kiamat.

Di kesempatan yang dikurniakan ini, saya mengucapkan selamat datang dan selamat kembali ke kampus kepada seluruh warga Universiti Malaya setelah bercuti hampir 2 bulan cuti semester baru-baru ini. Selamat meneruskan kembali pengajian yang masih berbaki sebelum meninggalkan bumi malaya yang tercinta ini.

Tidak ketinggalan kepada muka-muka baru yang akan meneruskan perjuangan ini yakni kepada adik-adik mahasiswa baru kemasukan 2009/2010 , saya ucapkan ahlan wasahlan dan selamat datang ke bumi malaya yang tercinta ini bagi meneruskan perjuangan dan cita-cita kalian dalam menuntut ilmu dalam bidang masing-masing.

Akhir kalam,kepada semua mahasiswa khususnya mahasiswa baru, kutiplah dan carilah ilmu serta pengalaman dibumi malaya ini sedaya mungkin dan sebanyak mungkin untuk dijadikan sebagai medan menimba ilmu duniawi dan ukhrawi. Persatuan Mahasiswa Terengganu Universiti Malaya (PERMATA) sesi 2009/2010 mengharapkan agar semua mahasiswa Universiti Malaya akan menggunakan peluang sebaiknya untuk mencapai cita-cita seterusnya meneruskan tradisi kecemerlangan.

“Perpaduan Teras keunggulan”
»»  read more

SEJARAH PENUBUHAN PERMATA


Sejarah universiti menunjukkan PERMATA antara persatuan dan pertubuhan pelajar yang paling lama di Universiti Malaya. Ditubuhkan pada tahun sekitar 1977 sebaris dengan menubuhan persatuan pelajar terkenal yang lain di Universiti Malaya. Gelombang mahasiswa yang memuncak ketika itu telah mendorong mahasiswa Terengganu menubuhkan persatuan ini. Dalam usia yang lama ini, PERMATA telah mengorak langkah kearah kemajuan dan global demi menjaga kebajikan mahasiswa di kampus ini.

Objektif dasar tertubuhnya PERMATA adalah untuk menjaga kebajikan dan membela nasib Mahasiswa Terengganu yang belajar di Universiti Malaya khususnya. Disamping untuk menjadi organisasi yang melatih mahasiswa dengan ilmu-ilmu kepimpinan yang diasuh melalui program-program yang dianjurkan.

PERMATA merupakan badan pelajar yang mewakili mahasiswa Terengganu di kampus secara khusus yang mana merupakan lapangan atau medan bagi merencana dan mengasah bakat kepimipinan dikalangan mahasiswa. Ianya juga merupakan sebahagian daripada entiti penting di dalam memacu kecemerlangan universiti. Justeru itu, saya menyeru rakan-rakan semua bersedia menggalas amanah, tanggungjawab dan memberi perkhidmatan terbaik serta komitmen yang tinggi sepanjang pimpinan yang akan dilantik selepas ini.


Justeru itu, PERMATA telah merancang, menyusun dan akan melaksanakan agenda-agenda kebajikan dalam melahirkan mahasiswa yang benar-benar bermutu dengan memastikan mahasiswa berada di dalam keadaan yang kondusi samada dalam soal fizikal, mental/rohani, kewangan, kesihatan dan sebagainya.


Merealisasikan agenda ini, pendekatan berlapang dada dan responsif menjadi penampilan utama PERMATA di dalam membantu mahasiswa secara keseluruhannya dan khususnya orang Terengganu. PERMATA Universiti Malaya akan terus maju sekiranya semua mahasiswa Terengganu memberi komitmen dalam persatuan serta merealisasikan misi dan visi yang telah di tetapkan oleh persatuan.


~Perpaduan Teras Keunggulan~



»»  read more

Sunday, July 12, 2009

Barisan Majlis Tertinggi Dan Exco PERMATA 09/10


»»  read more

:: Selamatkan Penyu ....::

:: Selamatkan Penyu ....::